Nak jadi ceritanya masa kami naik kat surau tuh kami letak kasut dekat pintu sebelum masuk surau...lpstu saya pun pakailah kain sembahyang..tiba-tiba marilah seorang lelaki yang memakai kopiah datang untuk sembahyang..dia pun cakap,"Dik,boleh tak sembahyang sebelah sana? Sebab tempat yang adik duduk ni tempat orang lelaki". Mase tuh, hati dah membara...panas..kami tak tahu pun tempat tuh kawasan lelaki..first time solat kat stesen bas...dahlah kita ni bukan orang situ..lpstu pulak mari pulok pak cik yang kerja jaga tandas kat stesen bas tu...dia cakap mcm ni," bakpe awak letak kasut kat sini? Ini tempat orang sembahyang bukan tempat letak kasut. Orang Cina pun tak letak kat sini". Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Fattah Ya Alim Ya Latif Ya Ahad Ya Samad!! Mase tuh hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya hati sebab kene marah gitu...first time jupa orang gitu. Memang pelik sangat pak cik...kalau ya pun cakaplah lembut skit pak cik weh...
Lepastu, sebab hati takleh nak tahan sangat kami pun decide untuk tidak sembahyang kat situ dan tunggu je sampai bas datang....akhirnya bas datang dalam pukul 9 lebih pastu kami pun naiklah bas dengan hati yang kecewa...
Sebenarnya tak tahulah nak cakap...agak-agaknya pak cik tu sedar tak yang dia secara langsung menghalang orang untuk sembahyang..lelaki tuh pun sama jugak...dah tahu orang pakai kain sembahyang dan dah takbir sempat lagi suruh orang berhenti...haishhhhh...
Baiklah...sampai sini sahaja cerita saya pasal balik harituh..Jadi, pengajarannya, kita sepatutnya bercakap dengan sopan santun dengan semua orang samada muda atau tua daripada kita. Seterusnya, kita mestilah menghormati sesama kita.
Sekian sahaja dari saya hamba Allah yang sangat lemah..assalamualaikum, jumpa lagi.
#AllahummasollialaMuhammad
No comments:
Post a Comment